Monday, May 29, 2017

Kenalpasti kerosakan Dan Masalah2 penggunaan mesin jahit

KENALPASTI KEROSAKAN-KEROSAKAN YANG BERLAKU DALAM BIDANG JAHITAN.

  JARUM
 Pemilihan dan penggunaan jarum dalam mesin jahit perlu mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh pengeluar mesin.

Jarum Patah

Punca : Pemasangan bahagian leper dan bulat jarum tidak mengikut peraturan.
Atasi : Pastikan pemasangan bahagian jarum betul. .

Punca : Skru pemegang jarum longgar.
Atasi : Ketatkan skru pemegang jarum. .

Punca : Saiz jarum tidak sesuai dengan fabrik,seperti menjahit kain yang tebal dengan menggunakan jarum yang halus.
Atasi : Pilih jarum yang sesuai dengan fabrik. .

Punca : Penekan tapak jahitan tidak dipasang dengan betul.
 Atasi : Pastikan tapak penekan dipasang dengan betul. .

Punca : Jarum peniti masih terlekat pada fabrik.
Atasi : Pastikan jarum peniti dikeluarkan sebelum menjahit . .

Punca : Tidak menggunakan tapak zip semasa menjahit zip.
Atasi : Gunakan tapak zip semasa menjahit zip . . . Mata Jahitan .

MASALAH : Mata jahitan longgar .


Punca : Ketegangan benang atas dan bawah tidak seimbang.
Atasi : Ketatkan ketegangan benang di ceper ketegangan benang. .

Punca : Kesilapan memasang jarum.
Atasi : Pastikan jarum dipasang dengan betul. .

MASALAH : Kumpulan gelung benang pada mata jahitan .

Punca : Benang tidak dipasang betul.
Atasi : Pasang benang dengan betul. .

Punca : Benang digelendung/sekoci tidak dipasang dengan betul.
Atasi : Pastikan benang pada gelendung digulung dengan betul. .

MASALAH : Mata jahitan melompat .

Punca : Jarum tidak dipasang dengan betul.
Atasi : Pasang jarum dengan betul mengikut bahagian leper dan bulat. .

Punca : Saiz jarum yang digunakan tidak sesuai untuk fabrik.
Atasi : Pilih saiz jarum yang sesuai. .

Punca : Mata jarum mesin tumpul.
Atasi : Gunakan jarum yang tajam. .

Punca : Gulungan benang pada sekoci tidak sempurna.
Atasi : Pastikan benang pada sekoci digulung dengan sempurna. .



MASALAH : Fabrik tidak bergerak semasa menjahit. .


Punca : Tapak tekanan mesin ketat atau longgar.
Atasi : Baiki kedudukan tapak mesin. .

Punca : Pelaras berada dalam nombor kosong.
Atasi : Sesuaikan mata jahitan dengan fabrik yang digunakan. .

Punca : Tapak mesin tidak sesuai dengan fabrik.
Atasi : Gunakan tapak mesin yang sesuai dengan fabrik.

MASALAH : Fabrik berkedut .


Punca : Tapak tekanan mesin terlalu ketat atau longgar.
Atasi : Baiki kedudukan tapak. .

Punca : Fabrik digunakan terlalu nipis atau tebal.
Atasi : Pastikan menggunakan jarum yang sesuai untuk jenis fabrik. .

Punca : Fabrik senang berkedut jika menggunakan satu lapisan fabrik yang nipis.
Atasi : Gunakan sekurang-kurangnya dua lapisan fabrik jika kain nipis. .

Punca : Pergerakan tapak mesin tidak sama dengan gigi penolak.
Atasi : Baiki kedudukan tapak dengan gigi penolak. .

Punca : Saiz benang tidak sesuai untuk fabrik nipis atau tebal.
Atasi : Saiz benang yang digunakan sesuai untuk fabrik nipis atau tebal. .

Punca : Saiz mata jahitan tidak sesuai.
Atasi : Mata jahitan untuk jenis fabrik nipas atau tebal sesuai mengikut panduan. Kurangkan bilangan mata jahitan untuk kain yang nipis dan kurangkan tekanan ke atas fabrik dari tapak mesin.

Labels:

Jika jahitan longgar dan tidak kemas

Ini orang panggil " skoci"..
Tahukah anda skoci ni jugak penting dan memainkan peranan untuk keadaan benang dan jahitan menjadi kemas. .
Sesiapa yg jahitannya yg kurang kemas dan elok, salah satu punca laluan benang longgar. .
lihat ' lower thread tension slow' pd gambarajah skoci tu,
ketatkan kan skit. Tapi, jangan terlalu ketat dan jangan terlalu longgar.. .
OK, selamat mencuba yer... .
 #skoci
#jahitantidakkemas
#belajarjahitsendiri
#ayunee

Labels:

Wednesday, April 19, 2017

Tutorial Bantal LOVE BABY

nk yg senang ??nk yg simple??
 tak nak bantal jhit yg banyak songeh?? 
ni la diaaa..bantal yg simple, 
tp cuteeeee..












Labels:

Tuesday, April 18, 2017

Tutorial Barut Baby (step by step)

Tutorial barut baby step by step ..
seperti yg admin janji nk bg tutorial barut baby..boleh lihat kat bawah ni yerrr
 bolehlah jahit sendiri yeee.. klau malasss nk jahit tu, boleh pm admin ye..hihi *
MATERIAL KAIN COTTON YG BERKUALITI 
*SAIZ SIAP 19"X 7" (baby besar boleh pkai lame tauuuu)


Harga barut baby Saiz s-17"×5" (anggaran bert baby 2.5-5kg) rm5/pcs Saiz m-19"×7" (anggaran bert baby 4-6.5kg) rm7/pcs Min order 5pcs Postage sm rm8 Material cotton berkualiti

Whatsapp +0168342590 (azie)





















 #belajarjahitsendiri 
#ayuniesenimuslimah 
#tutorialbarutbaby
 #barutbabyonlinemurahmurah

Labels:

Step by Step jahit tilam single

ni haaa admin bg lagi tutorial jahit tilam single ni.. . 

penggunaan kain bidang 95, 1.5m kain untuk tilam single, 2.5m untuk yang Queen. 

penggunaan getah 30" untuk setiap satu jahitan. . rujuk pd gambar yee.. selamat mencuba.. . . #

TEMPAHAN TADIKA KEMAS AMBS

BERMINAT NK ORDER
wa +0148342590 (azie)
FB : Belajar jahit sendiri









Labels:

Tutorial tudung sekolah soft awning



Step by step cara2 jahit tdung sekolh soft awning.. . . 
Tempahan dari pra SK LKTP bukit mendi 19 helai tdung purple 2 helai tudung putih . .

 Tudung soft awning sesuai untuk anak2 kecil, senang nk jaga, balik sekolh,
 anak2 main campak je tdung, awning xkan rosak.. .


 ni admin belanja shabat2 yg admin sayang ye. . Dengan ekonomi sekarang, boleh la ye #belajarjahitsendiri semua ye.. lain orang lain cara jahitnya..yg ni cara admin jahit..usah di banding2 dgn yg lain jika x sm ye..kikiki..#GOODLUCK

 ~yg tanda pangkah tu bhgian dalam
 ~tanda betul bhgian luar ye..






















Labels: