Monday, May 29, 2017

Kenalpasti kerosakan Dan Masalah2 penggunaan mesin jahit

KENALPASTI KEROSAKAN-KEROSAKAN YANG BERLAKU DALAM BIDANG JAHITAN.

  JARUM
 Pemilihan dan penggunaan jarum dalam mesin jahit perlu mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh pengeluar mesin.

Jarum Patah

Punca : Pemasangan bahagian leper dan bulat jarum tidak mengikut peraturan.
Atasi : Pastikan pemasangan bahagian jarum betul. .

Punca : Skru pemegang jarum longgar.
Atasi : Ketatkan skru pemegang jarum. .

Punca : Saiz jarum tidak sesuai dengan fabrik,seperti menjahit kain yang tebal dengan menggunakan jarum yang halus.
Atasi : Pilih jarum yang sesuai dengan fabrik. .

Punca : Penekan tapak jahitan tidak dipasang dengan betul.
 Atasi : Pastikan tapak penekan dipasang dengan betul. .

Punca : Jarum peniti masih terlekat pada fabrik.
Atasi : Pastikan jarum peniti dikeluarkan sebelum menjahit . .

Punca : Tidak menggunakan tapak zip semasa menjahit zip.
Atasi : Gunakan tapak zip semasa menjahit zip . . . Mata Jahitan .

MASALAH : Mata jahitan longgar .


Punca : Ketegangan benang atas dan bawah tidak seimbang.
Atasi : Ketatkan ketegangan benang di ceper ketegangan benang. .

Punca : Kesilapan memasang jarum.
Atasi : Pastikan jarum dipasang dengan betul. .

MASALAH : Kumpulan gelung benang pada mata jahitan .

Punca : Benang tidak dipasang betul.
Atasi : Pasang benang dengan betul. .

Punca : Benang digelendung/sekoci tidak dipasang dengan betul.
Atasi : Pastikan benang pada gelendung digulung dengan betul. .

MASALAH : Mata jahitan melompat .

Punca : Jarum tidak dipasang dengan betul.
Atasi : Pasang jarum dengan betul mengikut bahagian leper dan bulat. .

Punca : Saiz jarum yang digunakan tidak sesuai untuk fabrik.
Atasi : Pilih saiz jarum yang sesuai. .

Punca : Mata jarum mesin tumpul.
Atasi : Gunakan jarum yang tajam. .

Punca : Gulungan benang pada sekoci tidak sempurna.
Atasi : Pastikan benang pada sekoci digulung dengan sempurna. .



MASALAH : Fabrik tidak bergerak semasa menjahit. .


Punca : Tapak tekanan mesin ketat atau longgar.
Atasi : Baiki kedudukan tapak mesin. .

Punca : Pelaras berada dalam nombor kosong.
Atasi : Sesuaikan mata jahitan dengan fabrik yang digunakan. .

Punca : Tapak mesin tidak sesuai dengan fabrik.
Atasi : Gunakan tapak mesin yang sesuai dengan fabrik.

MASALAH : Fabrik berkedut .


Punca : Tapak tekanan mesin terlalu ketat atau longgar.
Atasi : Baiki kedudukan tapak. .

Punca : Fabrik digunakan terlalu nipis atau tebal.
Atasi : Pastikan menggunakan jarum yang sesuai untuk jenis fabrik. .

Punca : Fabrik senang berkedut jika menggunakan satu lapisan fabrik yang nipis.
Atasi : Gunakan sekurang-kurangnya dua lapisan fabrik jika kain nipis. .

Punca : Pergerakan tapak mesin tidak sama dengan gigi penolak.
Atasi : Baiki kedudukan tapak dengan gigi penolak. .

Punca : Saiz benang tidak sesuai untuk fabrik nipis atau tebal.
Atasi : Saiz benang yang digunakan sesuai untuk fabrik nipis atau tebal. .

Punca : Saiz mata jahitan tidak sesuai.
Atasi : Mata jahitan untuk jenis fabrik nipas atau tebal sesuai mengikut panduan. Kurangkan bilangan mata jahitan untuk kain yang nipis dan kurangkan tekanan ke atas fabrik dari tapak mesin.

Labels:

Jika jahitan longgar dan tidak kemas

Ini orang panggil " skoci"..
Tahukah anda skoci ni jugak penting dan memainkan peranan untuk keadaan benang dan jahitan menjadi kemas. .
Sesiapa yg jahitannya yg kurang kemas dan elok, salah satu punca laluan benang longgar. .
lihat ' lower thread tension slow' pd gambarajah skoci tu,
ketatkan kan skit. Tapi, jangan terlalu ketat dan jangan terlalu longgar.. .
OK, selamat mencuba yer... .
 #skoci
#jahitantidakkemas
#belajarjahitsendiri
#ayunee

Labels: