KENALPASTI KEROSAKAN-KEROSAKAN YANG BERLAKU DALAM BIDANG JAHITAN.
JARUM
Pemilihan dan penggunaan jarum dalam mesin jahit perlu mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh pengeluar mesin.
Jarum Patah
Punca : Pemasangan bahagian leper dan bulat jarum tidak mengikut peraturan.
Atasi : Pastikan pemasangan bahagian jarum betul.
.
Punca : Skru pemegang jarum longgar.
Atasi : Ketatkan skru pemegang jarum.
.
Punca : Saiz jarum tidak sesuai dengan fabrik,seperti menjahit kain yang tebal dengan menggunakan jarum yang halus.
Atasi : Pilih jarum yang sesuai dengan fabrik.
.
Punca : Penekan tapak jahitan tidak dipasang dengan betul.
Atasi : Pastikan tapak penekan dipasang dengan betul.
.
Punca : Jarum peniti masih terlekat pada fabrik.
Atasi : Pastikan jarum peniti dikeluarkan sebelum menjahit .
.
Punca : Tidak menggunakan tapak zip semasa menjahit zip.
Atasi : Gunakan tapak zip semasa menjahit zip
.
.
.
Mata Jahitan
.
MASALAH : Mata jahitan longgar
.
Punca : Ketegangan benang atas dan bawah tidak seimbang.
Atasi : Ketatkan ketegangan benang di ceper ketegangan benang.
.
Punca : Kesilapan memasang jarum.
Atasi : Pastikan jarum dipasang dengan betul.
.
MASALAH : Kumpulan gelung benang pada mata jahitan
.
Punca : Benang tidak dipasang betul.
Atasi : Pasang benang dengan betul.
.
Punca : Benang digelendung/sekoci tidak dipasang dengan betul.
Atasi : Pastikan benang pada gelendung digulung dengan betul.
.
MASALAH : Mata jahitan melompat
.
Punca : Jarum tidak dipasang dengan betul.
Atasi : Pasang jarum dengan betul mengikut bahagian leper dan bulat.
.
Punca : Saiz jarum yang digunakan tidak sesuai untuk fabrik.
Atasi : Pilih saiz jarum yang sesuai.
.
Punca : Mata jarum mesin tumpul.
Atasi : Gunakan jarum yang tajam.
.
Punca : Gulungan benang pada sekoci tidak sempurna.
Atasi : Pastikan benang pada sekoci digulung dengan sempurna.
.
MASALAH : Fabrik tidak bergerak semasa menjahit.
.
Punca : Tapak tekanan mesin ketat atau longgar.
Atasi : Baiki kedudukan tapak mesin.
.
Punca : Pelaras berada dalam nombor kosong.
Atasi : Sesuaikan mata jahitan dengan fabrik yang digunakan.
.
Punca : Tapak mesin tidak sesuai dengan fabrik.
Atasi : Gunakan tapak mesin yang sesuai dengan fabrik.
MASALAH : Fabrik berkedut
.
Punca : Tapak tekanan mesin terlalu ketat atau longgar.
Atasi : Baiki kedudukan tapak.
.
Punca : Fabrik digunakan terlalu nipis atau tebal.
Atasi : Pastikan menggunakan jarum yang sesuai untuk jenis fabrik.
.
Punca : Fabrik senang berkedut jika menggunakan satu lapisan fabrik yang nipis.
Atasi : Gunakan sekurang-kurangnya dua lapisan fabrik jika kain nipis.
.
Punca : Pergerakan tapak mesin tidak sama dengan gigi penolak.
Atasi : Baiki kedudukan tapak dengan gigi penolak.
.
Punca : Saiz benang tidak sesuai untuk fabrik nipis atau tebal.
Atasi : Saiz benang yang digunakan sesuai untuk fabrik nipis atau tebal.
.
Punca : Saiz mata jahitan tidak sesuai.
Atasi : Mata jahitan untuk jenis fabrik nipas atau tebal sesuai mengikut panduan. Kurangkan bilangan mata jahitan untuk kain yang nipis dan kurangkan tekanan ke atas fabrik dari tapak mesin.
No comments:
Post a Comment